Friday, June 1, 2012

BENIH KELAPA MATAG G2 SEDIA UNTUK DIPASARKAN


Kelapa matag adalah jenis kacukan kelapa tempatan Malaya Rendah (Malayan Dwarf) dengan Tagnanan Tinggi dari Filipina. Ia boleh menghasilkan kira-kira 30,000 biji buah setiap hektar setahun.Pokoknya lebih rendah, kira-kira 5.06.0 meter tinggi, dan mula berbuah lima tahun lepas di tanam.
Kelapa jenis ini boleh menghasilkan 25,000 hingga 30,000 biji buah sehektar setahun berbanding baka Malaya Tinggi yang hanya menghasilkan 2,500 biji sehektar setahun.
Kelapa jenis ini mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa kering.
Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak.
Bagaimanapun tanpa pengurusan dan penyelenggaraan yang sewajarnya kelapa Matag juga berupaya menghidap ancaman makhluk perosak seperti kumbang tanduk, babi dan monyet pada peringkat awal pertumbuhannya.
Bagi mereka bercadang untuk membuat projek penanaman kelapa jenis matag ini, saya sedia menawarkan bekalan benih Kelapa Matag G2 .
Spek Benih adalah seperti berikut :
Jenis : Matag G2
Usia anak benih : > 12 Bulan.
Lokasi : Bagan Datoh.
Sumber Buah : Ladang Kuala Perak, Bagan Datoh, Perak.



Labels: , , ,

3 Comments:

At January 24, 2014 at 11:24 PM , Blogger Unknown said...

Boleh nyatakan brp harganya tak? Utk rujukan bersama.....

 
At September 24, 2014 at 12:29 AM , Blogger Unknown said...

Saya ada beberapa soalan berhubung semaian benih kelapa seperti berikut:-

1- Bagaimana pemilihan benih kelapa yang terbaik untuk dijadikan benih pokok (aspek saiz buah kelapa)

2- Adakah perlu disiram setiap hari?

3- Lokasi semaian di bawah tempat teduh atau di kawasan terbuka kepada cahaya matahari?

 
At October 29, 2014 at 3:30 AM , Blogger naZa said...

Salam.tuan..benih kelapa matag G1 ada ke..berapa harga sepokok G1...
Klu benih G2 plak berapa harga s3pokok..
Apa beza fizikal anak benih G1 dgn G2..mohon pencerahan..tq

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home