Monday, March 28, 2011

Bekalan Benih Kelapa Matag Generasi Kedua.

Benih Kelapa Matag Ditapak Semaian Sedia Untuk Dijual

Benih Matag Di Tapak Semaian Sedia Untuk Dijual Hubungi : 0125073007 (AMIN)

Buah Di PokokKelapa Matag

Apa Itu Kelapa Matag? Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA. Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. (sila lihat rajah sistem tanaman). Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar.Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA. Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang. Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik

Benih Kelapa Matag Sedia Untuk Dijual Umur Pokok : 8 -12 Bulan.

Pemandangan Di sebuah Ladang Kelapa Matag di Bg. Datoh. BENIH KELAPA MATAG KEPADA YANG BERHAJAT: HUBUBNGI : 012-5073007 (AMIN)



MATAG adalah singkatan nama Kelapa Hibrid baru iaitu Kelapa Hibrid di antara Kelapa asal Malaysia dengan Kelapa asal Filipina (Tagnanan). Kelapa Malaysia (Malaysian Yellow Dwarf


-MYD atau Malaysian Red Dwarf – MRD) merupakan kelapa rendah (Sumber Bunga Betina) di kacukan dengan debunga jantan Kelapa Tinggi Tagnanan (Berasal dari Filipina dan ditanam di Malaysia) . Proses pengeluaran benih Kelapa MATAG adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Untuk mengeluarkan sebiji benih kelapa MATAG perlukan kos, kesabaran, ilmu teknikal, sumber tulin debunga, sumber tulin induk MYD/MRD yang matang serta kepakaran pekerja pendebunga. Debunga jantan perlu di sembur setiap hari kepada mayang betina yang terbuka (Bunga betina terbuka berperingkat2) dari satu mayang dan kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya. Kalau tak berjaya boleh di bubuh debunga lagi berulangkali. Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid. Pembajaan pokok perlu di buat mengikut jadual standard untuk mempastikan benih kelapa MATAG dapat dihasilkan dengan baik. Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.. Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian. Kelapa yang rosak, deform dan tak elok tidak diambil sebagai sumber benih. Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar dan kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau Jadi MRD/MYD atau macam Tagnanan. Kelapa MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sekhektar setahun. Projek kelapa MATAG yang di tanam pada tahun 2001 mendapati hasil setangkai sehingga 15 biji. Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak) dan Batu Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG . Kelebihan kelapa matag: berbuah lebat (15 biji setandan) mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun. mula berbuah dengan cepat seawal 3 tahun isi tebal sesuai untuk minuman dan dibuat santan



Kepada Tuan/Puan yang berhajat nak mendapatkan bekalan benih Kelapa Matag , sila hubungi saya 012-5073007 ( AMIN- Bg. Datoh)


Harga dan penghantaran boleh dirundingkan.


Labels: , , ,

7 Comments:

At June 2, 2011 at 6:59 PM , Blogger Remp-It Trg said...

lme mne ek mse diambil untuk pokok kelapa mantaq nie berbuah?? mse 2 dikira selepas disemai atau mase ditanam dalam polibeg lg??kalu tanah berpasir tepi sungai sesuai x??brape pokok dapat tanam jika luas kawasan lbih kurang 100m x 200m...tq...

 
At June 19, 2011 at 12:13 AM , Blogger aminkanda said...

Jarak tanaman 28 X 28 . Kira je berapa dapat. 4 tahun jangka boleh buah yob. Minat ke nak dapatkan benih. Called teman di0125073007. Harga bermula rm18.00. Usia pokok teman dah lebih setahun.

 
At November 8, 2011 at 6:43 PM , Blogger Tengku Azman said...

Mahal sgt la,.takdak diskaun ka?

 
At September 9, 2013 at 11:28 AM , Blogger Unknown said...

Kalau nak beli dlm 5 pokok boleh x?

 
At May 30, 2014 at 12:00 AM , Blogger Unknown said...

Ada tak temoat membeli benih kelapa matag ni disarawak,terutama di kuching/samarahan?

 
At May 16, 2016 at 6:34 AM , Blogger ashburn blog said...

As salam amin.. ladang kat mana..saya nak pergi tgk..dan mungkin nak tgk benih sekali boleh..amin..

 
At May 16, 2016 at 6:35 AM , Blogger ashburn blog said...

As salam amin.. ladang kat mana..saya nak pergi tgk..dan mungkin nak tgk benih sekali boleh..amin..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home